23 June, 2016

DAPATKAN SEGERA WANGIAN DE'XANDRA DENGAN MUDAH


WANGIAN DE'XANDRA

Ehemmm..nak raya mesti nak wangi-wangi kan???Jom dapatkan Perfume De'Xandra inspirasi dari wangian JENAMA ANTARABANGSA

@raff_lurve_concept #perfume_de_xandra
@raff_lurve_concept #perfume_de_xandra
@raff_lurve_concept #perfume_de_xandra

Jom sentiasa mewangi hari-hari..

~Paling penting boleh di bawa SOLAT
~Produk BUMIPUTERA
~Tahan LAMA (Lebih 8 jam)
~Mudah DIBAWA
~Harga MAMPU BELI

Harga RM65 SM / RM70 SS sebotol !!! 


BERITA BAIK PROMOSI SEMPENA RAMADHAN & HARI RAYA !!!


**Harga RM60 SM / RM65 SS sebotol

**Harga RM110 SM / RM120 SS bagi pembelian 2 botol !!! Terbaikkkk raya~





SENARAI WANGIAN DE X'ANDRA

Tambahan for women :

44. Paris Hilton by Paris Hilton
45. Fantasy by Britney Spears

@raff_lurve_concept #perfume_de_xandra
@raff_lurve_concept #perfume_de_xandra
@raff_lurve_concept #perfume_de_xandra

Jom sentiasa mewangi hari-hari..
~Paling penting boleh di bawa SOLAT
~Produk BUMIPUTERA
~Tahan LAMA (Lebih 8 jam)
~Mudah DIBAWA
~Harga MAMPU BELI

21 October, 2014

Menjana Pendapatan Melalui Forex Online

Kenapa anda mesti memilih FOREX???
  • Tidak perlu membuka perniagaan.
  • Tidak perlu menjual produk.
  • Tidak perlu berjumpa atau menelefon pelanggan.
  • Bukan perniagaan MLM atau Skim Cepat Kaya.
  • Keuntungan boleh dimasukkan ke akaun bank anda.
  • Modal paling minima adalah 5.00 USD
  • Perdagangan yang hanya mengunakan komputer + internet.
  • Penjana wang terpantas didunia.
  • Pasaran dua hala. Anda boleh mendapat keuntungan walaupun ketika pasaran sedang naik mahupun turun.
  • Pasaran 24jam sehari. Jadual Forex bermula pada hari Isnin dan tutup lewat hari Jumaat. Sabtu dan Ahad tiada dagangan Forex yang dilakukan.
  • Pasaran yang sentiasa aktif dan bergerak cergas setiap hari. Nilai dagangan mencecah USD4Trillion sehari dan merupakan dagangan matawang yang terbesar didunia. Inilah dia lubuk duit!
  • Pasaran Forex tidak dikawal oleh mana-mana individu, badan persatuan atau pun sesebuah Negara.
  • Bagi mereka yang Muslim, Forex adalah halal.
  • Forex juga adalah perdagangan yang diiktiraf

Di sini, saya mencadangkan anda menggunakan XM Markets sebagai broker anda, kerana ianya adalah serendah 5.00 USD sahaja untuk bermula, belajar dengan  menggunakan nilai yang kecil dahulu. Fahami teknik forex sebenar.

Bagi Trader2 baru  anda boleh mendaftar virtual account @ Demo account di XM Markets, untuk membuat latihan mengenai keadaan semasa sesuatu matawang didalam membuat pembelian (Buy) dan Penjualan (Sell), dan mendalami semua tools2 yang ada di dalam MT4 Platform.

Dengan perkembangan teknologi terkini, platform dagangan ini boleh di urusniagakan dengan hanya mengunakan smart phone. Anda hanya perlu download MT4 Mobile kedalam handphone anda.

Didalam Dagangan Forex, perkara pertama yang perlu di pertekankan adalah Money Management (Pengurusan wang anda), Jadilah seorang traders yang berkhemah. 

04 January, 2013

..Selamat Ulang Tahun Mama..

~ MAMA ~

Hari ini 04hb Januari 2013 genap 48 tahun usia si dia. Hampir 27 tahun hidup bersamanya. Alhamdulillah Allah masih mahu melihat kami bersama. Aku sentiasa berdoa agar si dia sentiasa sihat, sentiasa ceria, bahagia & paling penting ada di saat susah, senang, jatuh dan bangun aku hidup di dunia ini. Dan insyaAllah aku mahu terus melihatnya melangkah ke pintu syurga disana dengan senyuman. Doaku selalu untuknya~

Walaupun adakalanya kami selalu berbeza pendapat, bermasam muka & tidak bertegur sapa namun hakikatnya bukan lah niat hati ku untuk menyakiti malah bukan sesekali terdetik untuk menderhaka. Mungkin kerana terlalu mengikut kata hati & darah muda yang masih tidak terkawal ketika itu..

Tidak dinafikan telah terlalu banyak dosa yang aku lakukan terhadapnya. Samaada dalam sedar atau tidak. Kalaupun boleh dinilai agaknya tidak tertanggung banyaknya. MasyaAllah ku mohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dosa dan kilaf ku pada mu..

Aku sedar yang diri ini tidak sesempurna seperti mereka & anak-anak yang lain namun aku berusaha untuk melakukan yang terbaik dari masa ke semasa & satu yang perlu dirimu tahu bahawa dalam setiap solat ku. Doa kesejahteraan mu tidak terlepas dari mulut ku. InsyaAllah akan terus berpanjangan hingga akhir nafasku. Si dia satu-satunya yang aku ada & perlu di dunia juga akhirat kelak kerana tanpanya aku tidak mungkin berada di sini.. Salam sayang dari anak mu yang satu ini, Rafidah Muhamad Adnan <3
:: MAMA engkaulah RATU hati ku selamanya~ ::

24 June, 2012

:: Sekadar Untuk Renungan Bersama ::


..98 Golongan Yang Dilaknat Allah & RasulNya..

Manusia diciptakan oleh Allah dengan penciptaan yang paling sempurna, dibekalkan pada akal agar sentiasa berfikir sihat, boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Namun dengan akal sahaja ternyata belum memadai, oleh kerananya Allah berikan pula kepadanya kitab petunjuk agar manusia tidak sesat jalan dan Allah utus rasulNya untuk memberikan pengajaran serta peringatan.

Sebenarnya dengan diutusNya rasul serta kitab petunjuk cukup bagi manusia sebagai bekalan untuk hidup di dunia ini, namun jika berdepan dengan "nafsu" justeru banyak hal-hal negatif yang akan timbul kerananya. Apabila mengikut hawa nafsu manusia akan lalai terhadap kebenaran serta sesat jalan, sebab sifat semulajadi nafsu adalah cintakan apa-apa yang menyenangkan.

Buku ini telah menjelaskan golongan-golongan yang dilaknat oleh Allah dan RasulNya. Banyak pengajaran yang boleh dipetik sebagai peringatan agar manusia ini sedar dan kembali kepada jalan Allah. Dengan membaca serta mengkaji lebih dalam semoga kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-Nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid serta orang-orang yang Soleh.

KANDUNGAN

1. Iblis Dan Sekutunya
- Iblis
- Syaitan
- Pokok Zaqqum Pokok Yang Terlaknat

2. Menyakiti Binatang
- Orang Yang Menyetubuhi Binatang
- Orang Yang Membentuk Rupa Haiwan
- Orang Yang Menandai Haiwan Di Mukanya

3. Duduk Di Tengah Halaqah
- Orang Yang Duduk Di Tengah Halaqah

4. Kedudukan Khamar (arak)
- Khamar Dan Kaitannya
- Peminum Khamar
- Penuang Khamar
- Penjual Khamar
- Pembeli Khamar
- Pemerah Khamar
- Pembuat Khamar
- Pembawa Khamar
- Penadah Khamar
- Memakan Hasil Penjualan Khamar

5. Menyembelih Binatang Untuk Selain Allah S.W.T.
- Orang Yang Menyembelih Binatang Untuk Selain Allah

6. Kedudukan Riba Dan Kaitannya
- Orang Yang Memakan Hasil Riba
- Orang Yang Memberi Makan Riba
- Penulis Dan Pencatat Riba
- Saksi Riba
- Orang Yang Enggan Menunaikan Zakat

7. Rasuah Serta Kaitannya
- Orang Yang Memberi Rasuah
- Orang Yang Menerima Rasuah
- Orang Yang Menjadi Penghubung Antara Pemberi Dan Penerima Rasuah
- Pemberi Dan Penerima Rasuah Dari Sudut Hukum

8. Binatang Kalajengking
- Kalajengking

9. Menyakiti Orang Tua Dan Kaitannya
- Mencela Orang Tua
- Menderhakai Orang Tua
- Mengutuk Orang Tua
- Memutuskan Silaturrahim

10. Golongan Kafir Dan Kaitannya
- Orang Kafir
- Orang Musyrik
- Orang Munafik
- Orang Yang Berlaku Zalim
- Orang Yang Berlaku Dusta
- Orang Yahudi
- Meraka Yang Kafir Daripada Kalangan Bani Israil
- Ashab As Sabti
- Kaum Nasrani
- Kaum 'Ad (Kaum Nabi Hud AS)
- Firaun Dan Hulubalangnya
- Mereka Yang Menyakiti Allah Dan Para Rasu-Nya
- Orang Yang Menyembunyikan Wahyu Yang Telah Allah Turunkan
- Orang Yang Percaya Kepada Jibt Dan Taghut
- Orang Yang Merosakkan Perjanjian Dengan Allah
- Orang Yang Memutuskan Apa Yang Diperintahkan Allah Untuk Dihubungkan
- Orang Yang Membuat Kerosakan Di Muka Bumi Ini
- Mereka Yang Dihinggapi Penyakit Di Dalam Hatinya

11. Amalan Meminta Minta
- Mereka Yang Mengharapkan Kepada Selain Allah SWT
- Mereka Yang Meminta Pertolongan Kerana Allah, Akan Tetapi Ditolak

12. Kedudukan Tukang Gambar
- Tukang Gambar

13. Membahayakan Orang Mukmin
- Mereka Yang Mencela Para Sahabat Nabi S.A.W.
- Mereka Yang Membunuh Orang Mukmin Dengan Sesiapa Tanpa Kebenaran Syarak
- Mereka Yang Memisahkan Anak Daripada Ibunya
- Mereka Yang Memutuskan Tali Silaturrahim
- Mereka Yang Mencelakakan Saudaranya Yang Mukmin
- Mereka Yang Mengkhianati Janji Sesama Saudara Muslim
- Mereka Yang Melakukan Makar Terhadap Saudaranya Mukmin
- Mereka Yang Menyesatkan Orang Yang Cacat Penglihatan
- Mereka Yang Mengancam Saudaranya Dengan Sesuatu
- Mereka Yang Membanggakan Seseorang Pemimpin Dengan Riak Dan Angkuh
- Mereka Yang Merubah Batas Sempadan Tanah
- Hamba Dinar Dan Dirham
- Mereka Yang Mengaku Dirinya Ada Hubungan Nasab Dengan Seseorang
- Orang Yang Menyalahgunakan Kuasanya
- Seorang Pencuri

14. Nikah Dan Kaitannya
- Mereka Yang Melakukan Perbuatan Kaum Nabi Luth AS
- Muhallil
- Muhallalah
- Seorang Suami Yang Mendatangi Isterinya Dari Belakang
- Mereka Yang Membenarkan Dan Merelakan Perbuatan Bid'ah
- Suami Yang Menuduh Isterinya Berbuat Zina
- Mereka Yang Menuduh Berzina Kepada Para Wanita Muhshanah
- Seorang Wanita Yang Menyerupai Lain Jenisnya
- Lelaki Yang Menyerupai Wanita
- Seorang Lelaki Yang Menirukan Gaya Wanita
- Seorang Lelaki Yang Mengenakan Pakaian Seorang Wanita
- Seorang Wanita Yang Mengenakan Pakaian Seorang Lelaki
- Seorang Wanita Yang Enggan Diajak Tidur Oleh Suaminya

15. Meratapi Kematian
- Seorang Wanita Yang Meratapi Kematian
- Seorang Wanita Yang Mendengar Tangisan Sebab Kematian
- Seorang Wanita Yang Membotakkan Rambutnya Kerana Suatu Musibah
- Seorang Wanita Yang Menjerit-Jerit Ketika Ditimpa Suatu Musibah
- Seorang Wanita Yang Mencakar-Cakar Mukanya Ketika Ditimpa Suatu Musibah
- Seorang Wanita Yang Mengoyakkan Pakaiannya Ketika Ditimpa Suatu Musibah
- Seorang Wanita Yang Memohon Penderitaan Ketika Ditimpa Musibah
- Seorang Wanita Yang Menziarahi Kubur Untuk Meratapinya
- Isteri Al-Musawwifah
- Mereka Yang Membina Masjid Di Atas Kubur

16. Menyambung Rambut Dan Seumpamanya
- Seorang Wanita Yang Menyambung Rambutnya
- Wanita Yang Meminta Disambungkan Rambutnya
- Seorang Wanita Yang Mengubah Bulu Keningnya
- Wanita Yang Meminta Untuk Direka Bentuk Bulu Keningnya
- Seorang Yang Melukis Sesuatu Pada Tubuhnya (Tatoo)
- Orang Yang Meminta Dilukis Sesuatu Pada Tubuhnya
- Orang Yang Merenggangkan Giginya Demi Kecantikan Dirinya

Penulis = Harun Arrasyid Haji Tuskan
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

..adakah anda TERSENARAI ??? tepuk dada tanya hati masing-masing okeh !!! kita memang tak sempurna & selalu lalai dengan nafsu dunia..

..tapi kekadang kesedaran itu perlu ada & penting untuk mengingati diri sendiri juga orang sekeliling..

..mungkin kita tak baik & tak cukup baik untuk menasihati yang lain tapi at least kita dah berusaha even bukan dengan kata-kata..betul x ???..


..apa yang pasti yang BAIK-BAIK itu semua datangnya dari yg diatas sana & selalunya yang BURUK-BURUK juga TAK BAIK itu datangnya dari DIRI KITA sendiri..sekian~

11 June, 2012

:: Pulau Besar, Pulau Keramat ::

Jeti Pulai Besar, Melaka
Jeti Pulau Besar, Melaka

Pulau Besar, Melaka

Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.

Mitos & Lagenda

Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.

Selain dari menziarahi Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, terdapat banyak lagi makam-makam dan tempat-tempat yang menjadi tarikan utama disini, antaranya:-

  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
  • Makan Tok Putih
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar @ Batu Penambat kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Batu Lesung
(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)

..berdasarkan dari pengalaman sebenar diakui bahawa Pulau Besar ini sememangnya mempunyai banyak cerita dan tempat-tempat sejarah menarik yang perlu kita pelihara serta ketahui..

..namun terdapat juga segelintir pengunjung yang telah menyalahgunakan beberapa tempat seperti makam-makam juga perigi untuk kepentingan diri sendiri..

..oleh itu campur tangan pihak berwajib perlu ada bagi memastikan serta menangani masalah tersebut agar tidak berulang pada masa akan datang..

..pahid manis sepanjang 2 hari 1 malam berada di sana bersama rakan-rakan amat berharga untuk pengalaman diri sendiri..sekian~

Photo & Kenangan
Jeti Pulau Besar, Melaka
Berhampiran dengan Batu Berlayar
Berhampiran Perkampungan Bunian 
Didakwa sebagai Tasik Biawak/Batu Tengkorak
Pemandangan indah dari Pulau Besar, Melaka
Didakwa sebagai Pokok Nenek Kebayan Menangis. Menariknya terdapat titisan-titisan air yang jatuh  dari pokok ini
Didakwa perigi Nenek Kebayan
Didakwa kawasan Istana Bunian
Didakwa sebagai Batu Belah
Didakwa sebagai Makam Tujuh Beradik
Tidak dapat dipastikan tempat apakah
Didakwa Makam Tok Janggut 
Menuju ke Muzium Pulau, Besar

29 May, 2012

:: Nissan Skyline GT-R :: kereta idaman ku! ::


:: Sedikit Info Untuk Dikongsi Bersama ::
GTR Black Edition
Nissan Skyline GT-R merupakan kereta sport Jepun berasaskan keluaran Nissan Skyline. Digelar "Godzilla" oleh majalah Wheels di Australia ketika dikeluarkan di sana pada 1989, ia dinilai oleh kebanyakan majalah kereta, sebagai menawarkan prestasi dan pengendalian sama seperti ikon Eropah seperti Porsche 911 dan Ferrari Testarossa, tetapi pada harga jauh lebih rendah. Sejak Skyline GT-R menjadi kereta popular bagi lumba jalanan di Jepun, ia telah muncul berkali-kali dalam permainan video, bermula dengan permulaan 1994 bagi permainan SNES Zero 4 Champ R dan paling terkenal siri Gran Turismo, termasuk juga penampilan sekali sekala dalam filem feature, anime, dan manga.

Nama Skyline bermula dengan syarikat kenderaan Prince Motor Company yang memajukan dan menjual barisan sedan Skyline sebelum bergabung dengan Nissan-Datsun. Singkatan GT-R mewakili Gran Turismo Racer sementara GT-B bagi Gran Turismo Berlinetta. Orang Jepun memilih memberi nama Inggeris - kerana kebanyakan kereta yang dijhasilkan di Jepun masa itu menggunakan singkatan Amerika - bagi menggalakkan jualan.

Versi terawal GT-R, S54 2000 GT-B, mendapat tempat kedua dalam perlumbaan pertamanya pada 1964 di belakang Porsche 904 GTS yang dibina khas untuk perlumbaan. Versi seterusnya GT-R, PGC10 2000 GT-R empat pintu, mendapat 33 kemenangan dalam tempoh setahun setengah berlumba, dan apabila tiba masa untuk mencapai kemenangan ke-50 berturut-turut, ia dikalahkan oleh Mazda Savanna RX-3 bagaimanapun, kereta ini telah berjaya memenangi 1000 perlumbaan sebelum dihentikan pengeluarannya pada 1972.
(Info daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)

:: sekadar impian..tapi tidak mustahil satu hari nanti mungkin menjadi kenyataan!!!insyaAllah amin~ ::