24 June, 2012

:: Sekadar Untuk Renungan Bersama ::


..98 Golongan Yang Dilaknat Allah & RasulNya..

Manusia diciptakan oleh Allah dengan penciptaan yang paling sempurna, dibekalkan pada akal agar sentiasa berfikir sihat, boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Namun dengan akal sahaja ternyata belum memadai, oleh kerananya Allah berikan pula kepadanya kitab petunjuk agar manusia tidak sesat jalan dan Allah utus rasulNya untuk memberikan pengajaran serta peringatan.

Sebenarnya dengan diutusNya rasul serta kitab petunjuk cukup bagi manusia sebagai bekalan untuk hidup di dunia ini, namun jika berdepan dengan "nafsu" justeru banyak hal-hal negatif yang akan timbul kerananya. Apabila mengikut hawa nafsu manusia akan lalai terhadap kebenaran serta sesat jalan, sebab sifat semulajadi nafsu adalah cintakan apa-apa yang menyenangkan.

Buku ini telah menjelaskan golongan-golongan yang dilaknat oleh Allah dan RasulNya. Banyak pengajaran yang boleh dipetik sebagai peringatan agar manusia ini sedar dan kembali kepada jalan Allah. Dengan membaca serta mengkaji lebih dalam semoga kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-Nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid serta orang-orang yang Soleh.

KANDUNGAN

1. Iblis Dan Sekutunya
- Iblis
- Syaitan
- Pokok Zaqqum Pokok Yang Terlaknat

2. Menyakiti Binatang
- Orang Yang Menyetubuhi Binatang
- Orang Yang Membentuk Rupa Haiwan
- Orang Yang Menandai Haiwan Di Mukanya

3. Duduk Di Tengah Halaqah
- Orang Yang Duduk Di Tengah Halaqah

4. Kedudukan Khamar (arak)
- Khamar Dan Kaitannya
- Peminum Khamar
- Penuang Khamar
- Penjual Khamar
- Pembeli Khamar
- Pemerah Khamar
- Pembuat Khamar
- Pembawa Khamar
- Penadah Khamar
- Memakan Hasil Penjualan Khamar

5. Menyembelih Binatang Untuk Selain Allah S.W.T.
- Orang Yang Menyembelih Binatang Untuk Selain Allah

6. Kedudukan Riba Dan Kaitannya
- Orang Yang Memakan Hasil Riba
- Orang Yang Memberi Makan Riba
- Penulis Dan Pencatat Riba
- Saksi Riba
- Orang Yang Enggan Menunaikan Zakat

7. Rasuah Serta Kaitannya
- Orang Yang Memberi Rasuah
- Orang Yang Menerima Rasuah
- Orang Yang Menjadi Penghubung Antara Pemberi Dan Penerima Rasuah
- Pemberi Dan Penerima Rasuah Dari Sudut Hukum

8. Binatang Kalajengking
- Kalajengking

9. Menyakiti Orang Tua Dan Kaitannya
- Mencela Orang Tua
- Menderhakai Orang Tua
- Mengutuk Orang Tua
- Memutuskan Silaturrahim

10. Golongan Kafir Dan Kaitannya
- Orang Kafir
- Orang Musyrik
- Orang Munafik
- Orang Yang Berlaku Zalim
- Orang Yang Berlaku Dusta
- Orang Yahudi
- Meraka Yang Kafir Daripada Kalangan Bani Israil
- Ashab As Sabti
- Kaum Nasrani
- Kaum 'Ad (Kaum Nabi Hud AS)
- Firaun Dan Hulubalangnya
- Mereka Yang Menyakiti Allah Dan Para Rasu-Nya
- Orang Yang Menyembunyikan Wahyu Yang Telah Allah Turunkan
- Orang Yang Percaya Kepada Jibt Dan Taghut
- Orang Yang Merosakkan Perjanjian Dengan Allah
- Orang Yang Memutuskan Apa Yang Diperintahkan Allah Untuk Dihubungkan
- Orang Yang Membuat Kerosakan Di Muka Bumi Ini
- Mereka Yang Dihinggapi Penyakit Di Dalam Hatinya

11. Amalan Meminta Minta
- Mereka Yang Mengharapkan Kepada Selain Allah SWT
- Mereka Yang Meminta Pertolongan Kerana Allah, Akan Tetapi Ditolak

12. Kedudukan Tukang Gambar
- Tukang Gambar

13. Membahayakan Orang Mukmin
- Mereka Yang Mencela Para Sahabat Nabi S.A.W.
- Mereka Yang Membunuh Orang Mukmin Dengan Sesiapa Tanpa Kebenaran Syarak
- Mereka Yang Memisahkan Anak Daripada Ibunya
- Mereka Yang Memutuskan Tali Silaturrahim
- Mereka Yang Mencelakakan Saudaranya Yang Mukmin
- Mereka Yang Mengkhianati Janji Sesama Saudara Muslim
- Mereka Yang Melakukan Makar Terhadap Saudaranya Mukmin
- Mereka Yang Menyesatkan Orang Yang Cacat Penglihatan
- Mereka Yang Mengancam Saudaranya Dengan Sesuatu
- Mereka Yang Membanggakan Seseorang Pemimpin Dengan Riak Dan Angkuh
- Mereka Yang Merubah Batas Sempadan Tanah
- Hamba Dinar Dan Dirham
- Mereka Yang Mengaku Dirinya Ada Hubungan Nasab Dengan Seseorang
- Orang Yang Menyalahgunakan Kuasanya
- Seorang Pencuri

14. Nikah Dan Kaitannya
- Mereka Yang Melakukan Perbuatan Kaum Nabi Luth AS
- Muhallil
- Muhallalah
- Seorang Suami Yang Mendatangi Isterinya Dari Belakang
- Mereka Yang Membenarkan Dan Merelakan Perbuatan Bid'ah
- Suami Yang Menuduh Isterinya Berbuat Zina
- Mereka Yang Menuduh Berzina Kepada Para Wanita Muhshanah
- Seorang Wanita Yang Menyerupai Lain Jenisnya
- Lelaki Yang Menyerupai Wanita
- Seorang Lelaki Yang Menirukan Gaya Wanita
- Seorang Lelaki Yang Mengenakan Pakaian Seorang Wanita
- Seorang Wanita Yang Mengenakan Pakaian Seorang Lelaki
- Seorang Wanita Yang Enggan Diajak Tidur Oleh Suaminya

15. Meratapi Kematian
- Seorang Wanita Yang Meratapi Kematian
- Seorang Wanita Yang Mendengar Tangisan Sebab Kematian
- Seorang Wanita Yang Membotakkan Rambutnya Kerana Suatu Musibah
- Seorang Wanita Yang Menjerit-Jerit Ketika Ditimpa Suatu Musibah
- Seorang Wanita Yang Mencakar-Cakar Mukanya Ketika Ditimpa Suatu Musibah
- Seorang Wanita Yang Mengoyakkan Pakaiannya Ketika Ditimpa Suatu Musibah
- Seorang Wanita Yang Memohon Penderitaan Ketika Ditimpa Musibah
- Seorang Wanita Yang Menziarahi Kubur Untuk Meratapinya
- Isteri Al-Musawwifah
- Mereka Yang Membina Masjid Di Atas Kubur

16. Menyambung Rambut Dan Seumpamanya
- Seorang Wanita Yang Menyambung Rambutnya
- Wanita Yang Meminta Disambungkan Rambutnya
- Seorang Wanita Yang Mengubah Bulu Keningnya
- Wanita Yang Meminta Untuk Direka Bentuk Bulu Keningnya
- Seorang Yang Melukis Sesuatu Pada Tubuhnya (Tatoo)
- Orang Yang Meminta Dilukis Sesuatu Pada Tubuhnya
- Orang Yang Merenggangkan Giginya Demi Kecantikan Dirinya

Penulis = Harun Arrasyid Haji Tuskan
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

..adakah anda TERSENARAI ??? tepuk dada tanya hati masing-masing okeh !!! kita memang tak sempurna & selalu lalai dengan nafsu dunia..

..tapi kekadang kesedaran itu perlu ada & penting untuk mengingati diri sendiri juga orang sekeliling..

..mungkin kita tak baik & tak cukup baik untuk menasihati yang lain tapi at least kita dah berusaha even bukan dengan kata-kata..betul x ???..


..apa yang pasti yang BAIK-BAIK itu semua datangnya dari yg diatas sana & selalunya yang BURUK-BURUK juga TAK BAIK itu datangnya dari DIRI KITA sendiri..sekian~

11 June, 2012

:: Pulau Besar, Pulau Keramat ::

Jeti Pulai Besar, Melaka
Jeti Pulau Besar, Melaka

Pulau Besar, Melaka

Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.

Mitos & Lagenda

Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.

Selain dari menziarahi Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, terdapat banyak lagi makam-makam dan tempat-tempat yang menjadi tarikan utama disini, antaranya:-

  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
  • Makan Tok Putih
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar @ Batu Penambat kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Batu Lesung
(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)

..berdasarkan dari pengalaman sebenar diakui bahawa Pulau Besar ini sememangnya mempunyai banyak cerita dan tempat-tempat sejarah menarik yang perlu kita pelihara serta ketahui..

..namun terdapat juga segelintir pengunjung yang telah menyalahgunakan beberapa tempat seperti makam-makam juga perigi untuk kepentingan diri sendiri..

..oleh itu campur tangan pihak berwajib perlu ada bagi memastikan serta menangani masalah tersebut agar tidak berulang pada masa akan datang..

..pahid manis sepanjang 2 hari 1 malam berada di sana bersama rakan-rakan amat berharga untuk pengalaman diri sendiri..sekian~

Photo & Kenangan
Jeti Pulau Besar, Melaka
Berhampiran dengan Batu Berlayar
Berhampiran Perkampungan Bunian 
Didakwa sebagai Tasik Biawak/Batu Tengkorak
Pemandangan indah dari Pulau Besar, Melaka
Didakwa sebagai Pokok Nenek Kebayan Menangis. Menariknya terdapat titisan-titisan air yang jatuh  dari pokok ini
Didakwa perigi Nenek Kebayan
Didakwa kawasan Istana Bunian
Didakwa sebagai Batu Belah
Didakwa sebagai Makam Tujuh Beradik
Tidak dapat dipastikan tempat apakah
Didakwa Makam Tok Janggut 
Menuju ke Muzium Pulau, Besar

29 May, 2012

:: Nissan Skyline GT-R :: kereta idaman ku! ::


:: Sedikit Info Untuk Dikongsi Bersama ::
GTR Black Edition
Nissan Skyline GT-R merupakan kereta sport Jepun berasaskan keluaran Nissan Skyline. Digelar "Godzilla" oleh majalah Wheels di Australia ketika dikeluarkan di sana pada 1989, ia dinilai oleh kebanyakan majalah kereta, sebagai menawarkan prestasi dan pengendalian sama seperti ikon Eropah seperti Porsche 911 dan Ferrari Testarossa, tetapi pada harga jauh lebih rendah. Sejak Skyline GT-R menjadi kereta popular bagi lumba jalanan di Jepun, ia telah muncul berkali-kali dalam permainan video, bermula dengan permulaan 1994 bagi permainan SNES Zero 4 Champ R dan paling terkenal siri Gran Turismo, termasuk juga penampilan sekali sekala dalam filem feature, anime, dan manga.

Nama Skyline bermula dengan syarikat kenderaan Prince Motor Company yang memajukan dan menjual barisan sedan Skyline sebelum bergabung dengan Nissan-Datsun. Singkatan GT-R mewakili Gran Turismo Racer sementara GT-B bagi Gran Turismo Berlinetta. Orang Jepun memilih memberi nama Inggeris - kerana kebanyakan kereta yang dijhasilkan di Jepun masa itu menggunakan singkatan Amerika - bagi menggalakkan jualan.

Versi terawal GT-R, S54 2000 GT-B, mendapat tempat kedua dalam perlumbaan pertamanya pada 1964 di belakang Porsche 904 GTS yang dibina khas untuk perlumbaan. Versi seterusnya GT-R, PGC10 2000 GT-R empat pintu, mendapat 33 kemenangan dalam tempoh setahun setengah berlumba, dan apabila tiba masa untuk mencapai kemenangan ke-50 berturut-turut, ia dikalahkan oleh Mazda Savanna RX-3 bagaimanapun, kereta ini telah berjaya memenangi 1000 perlumbaan sebelum dihentikan pengeluarannya pada 1972.
(Info daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)

:: sekadar impian..tapi tidak mustahil satu hari nanti mungkin menjadi kenyataan!!!insyaAllah amin~ ::