~ MAMA ~
Hari ini 04hb Januari 2013 genap 48 tahun usia si dia. Hampir 27 tahun hidup bersamanya. Alhamdulillah Allah masih mahu melihat kami bersama. Aku sentiasa berdoa agar si dia sentiasa sihat, sentiasa ceria, bahagia & paling penting ada di saat susah, senang, jatuh dan bangun aku hidup di dunia ini. Dan insyaAllah aku mahu terus melihatnya melangkah ke pintu syurga disana dengan senyuman. Doaku selalu untuknya~
Walaupun adakalanya kami selalu berbeza pendapat, bermasam muka & tidak bertegur sapa namun hakikatnya bukan lah niat hati ku untuk menyakiti malah bukan sesekali terdetik untuk menderhaka. Mungkin kerana terlalu mengikut kata hati & darah muda yang masih tidak terkawal ketika itu..
Tidak dinafikan telah terlalu banyak dosa yang aku lakukan terhadapnya. Samaada dalam sedar atau tidak. Kalaupun boleh dinilai agaknya tidak tertanggung banyaknya. MasyaAllah ku mohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dosa dan kilaf ku pada mu..
Aku sedar yang diri ini tidak sesempurna seperti mereka & anak-anak yang lain namun aku berusaha untuk melakukan yang terbaik dari masa ke semasa & satu yang perlu dirimu tahu bahawa dalam setiap solat ku. Doa kesejahteraan mu tidak terlepas dari mulut ku. InsyaAllah akan terus berpanjangan hingga akhir nafasku. Si dia satu-satunya yang aku ada & perlu di dunia juga akhirat kelak kerana tanpanya aku tidak mungkin berada di sini.. Salam sayang dari anak mu yang satu ini, Rafidah Muhamad Adnan <3
:: MAMA engkaulah RATU hati ku selamanya~ ::
No comments:
Post a Comment