:: Sedikit Info Untuk Dikongsi Bersama ::
GTR Black Edition |
Nissan
Skyline GT-R merupakan kereta sport Jepun berasaskan keluaran Nissan Skyline. Digelar "Godzilla" oleh
majalah Wheels di Australia ketika
dikeluarkan di sana pada 1989, ia dinilai oleh kebanyakan majalah kereta,
sebagai menawarkan prestasi dan pengendalian sama seperti ikon Eropah
seperti Porsche 911 dan Ferrari Testarossa, tetapi
pada harga jauh lebih rendah. Sejak Skyline GT-R menjadi kereta popular bagi
lumba jalanan di Jepun, ia telah muncul berkali-kali dalam permainan video,
bermula dengan permulaan 1994 bagi permainan SNES Zero 4 Champ R dan
paling terkenal siri Gran Turismo, termasuk
juga penampilan sekali sekala dalam filem feature, anime, dan manga.
Nama Skyline bermula dengan syarikat kenderaan Prince Motor Company yang memajukan dan menjual barisan sedan Skyline sebelum bergabung dengan Nissan-Datsun. Singkatan GT-R mewakili Gran Turismo Racer sementara GT-B bagi Gran Turismo Berlinetta. Orang Jepun memilih memberi nama Inggeris - kerana kebanyakan kereta yang dijhasilkan di Jepun masa itu menggunakan singkatan Amerika - bagi menggalakkan jualan.
Versi terawal GT-R, S54 2000 GT-B, mendapat tempat kedua dalam perlumbaan pertamanya pada 1964 di belakang Porsche 904 GTS yang dibina khas untuk perlumbaan. Versi seterusnya GT-R, PGC10 2000 GT-R empat pintu, mendapat 33 kemenangan dalam tempoh setahun setengah berlumba, dan apabila tiba masa untuk mencapai kemenangan ke-50 berturut-turut, ia dikalahkan oleh Mazda Savanna RX-3 bagaimanapun, kereta ini telah berjaya memenangi 1000 perlumbaan sebelum dihentikan pengeluarannya pada 1972.
(Info daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)
:: sekadar impian..tapi tidak mustahil satu hari nanti mungkin menjadi kenyataan!!!insyaAllah amin~ ::
No comments:
Post a Comment