|
Jeti Pulai Besar, Melaka |
|
Jeti Pulau Besar, Melaka |
Pulau Besar, Melaka
Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.
Mitos & Lagenda
Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.
Selain dari menziarahi Makam Sultanul Ariffin Sheikh
Ismail, terdapat banyak lagi makam-makam dan tempat-tempat yang menjadi tarikan utama disini, antaranya:-
- Makam Syarifah Rodziah
- Makam Tok Janggut
- Makan Tok Putih
- Perigi di Kaki Pulau
- Batu Belayar @ Batu Penambat kapal
- Batu Tengkorak
- Pokok Disula
- Tasik Biawak
- Batu Belah
- Keramat Masin Tawar
- Istana Bunian
- Perkampungan Bunian
- Tasik Bunian
- Gua Yunus
- Keramat Ular
- Makam Nenek Kebayan
- Perigi Tempayan Pecah
- Makam Tujuh Beradik
- Makam Seribu
- Makam Nisan Satu
- Perigi Nenek Musallimah
- Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
- Batu Lesung
(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)
..berdasarkan dari pengalaman sebenar diakui bahawa Pulau Besar ini sememangnya mempunyai banyak cerita dan tempat-tempat sejarah menarik yang perlu kita pelihara serta ketahui..
..namun terdapat juga segelintir pengunjung yang telah menyalahgunakan beberapa tempat seperti makam-makam juga perigi untuk kepentingan diri sendiri..
..oleh itu campur tangan pihak berwajib perlu ada bagi memastikan serta menangani masalah tersebut agar tidak berulang pada masa akan datang..
..pahid manis sepanjang 2 hari 1 malam berada di sana bersama rakan-rakan amat berharga untuk pengalaman diri sendiri..sekian~
Photo & Kenangan
|
Jeti Pulau Besar, Melaka |
|
Berhampiran dengan Batu Berlayar |
|
Berhampiran Perkampungan Bunian |
|
Didakwa sebagai Tasik Biawak/Batu Tengkorak |
|
Pemandangan indah dari Pulau Besar, Melaka |
|
Didakwa sebagai Pokok Nenek Kebayan Menangis. Menariknya terdapat titisan-titisan air yang jatuh dari pokok ini |
|
Didakwa perigi Nenek Kebayan |
|
Didakwa kawasan Istana Bunian |
|
Didakwa sebagai Batu Belah |
|
Didakwa sebagai Makam Tujuh Beradik |
|
Tidak dapat dipastikan tempat apakah |
|
Didakwa Makam Tok Janggut |
|
Menuju ke Muzium Pulau, Besar |
No comments:
Post a Comment